• UtamaLog Masuk
  • eSILA-IDPendaftaran Akaun
  • BantuanSoalan Lazim

Log Masuk

Log Masuk

Makluman

MySELF (Malaysian Student Engagement Online Feed) adalah aplikasi atas talian yang disediakan khas kepada pelajar dan pegawai tajaan JPA untuk mengemaskini dan menguruskan maklumat tajaan mereka secara layan diri dengan menggunakan kaedah 'Single Sign-On'.

Antara perkhidmatan yang disediakan adalah:

  • Pengemaskinian Maklumat Peribadi & Perhubungan
  • Semakan Jadual Bayaran Elaun Sara Hidup (ESH)
  • Semakan Jadual Bayaran Balik Pinjaman/Gantirugi
  • Semakan Bil Tuntutan Pinjaman/Gantirugi
  • Semakan Status Senarai Hitam
  • Lapor Diri Atas Talian
  • Permohonan Penangguhan Kontrak
  • Permohonan Pertukaran Penjamin
  • Permohonan Elaun Tambahan
  • Permohonan Pelanjutan Pengajian

Apa itu eSILA-ID?

eSILA-ID adalah ID bersepadu (Single Sign-On - SSO) yang digunakan oleh pelajar/pegawai tajaan JPA untuk log masuk aplikasi penajaan atas talian JPA dengan menggunakan MyKad atau Kad Pengenalan Polis/Tentera dan meliputi aplikasi seperti ePermohonan, eKeputusan, ePenawaran dan MySELF.


Log Masuk

Sila log masuk menggunakan eSILA-ID.



* Perlu dilengkapkan

Tiada eSILA-ID?

Pengumuman


KEPADA SEMUA PEMINJAM DI BAWAH PBU2016 (TAHUN TAJAAN 2016-2024):

Selaras dengan pelaksanaan penajaan baharu Pinjaman Boleh Ubah Berdasarkan Merit Akademik berkuatkuasa pada 1 JUN 2025 ini, semua permohonan kemudahan di bawah PBU2016 meliputi penangguhan bayaran balik, diskaun berdasarkan tempat berkhidmat dan pengecualian bayaran balik kerana berkhidmat dengan Kerajaan dibekukan bermula 1 Mei 2025 sehingga pelaksanaan opsyen selesai.
Untuk maklumat lanjut:
Portal: penajaan.jpa.gov.my
Emel: pbuakademik@jpa.gov.my
Telefon: 03-8000 8000
FAQ: https://penajaan.jpa.gov.my/latihan-sebelum-perkhidmatan-lsp.html

Sekian, terima kasih.

Unit Pengurusan Kewangan,
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Jabatan Perkhidmatan Awam.

Takwim Bayaran Elaun dan Kemudahan Pelajar Tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Tahun 2025 bagi rujukan pegawai dan pelajar tajaan JPA dalam dan luar negara:


TAKWIM BAYARAN ELAUN DAN KEMUDAHAN PELAJAR TAJAAN JPA TAHUN 2025

Sekian, terima kasih.

Unit Pengurusan Kewangan,
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Jabatan Perkhidmatan Awam.

PERINGATAN KEPADA PELAJAR AKTIF TAJAAN JPA DALAM NEGARA

Berkuatkuasa 1 OKTOBER 2024, Elaun Sara Hidup (ESH) pelajar tajaan JPA boleh DITAHAN sekiranya pelajar TIDAK melaksanakan perkara berikut:
i. Log masuk ke MySELF & kemaskini maklumat peribadi;
ii. Mengemaskini semua keputusan peperiksaan di MySELF;
iii. Kemuka Borang Tunjuk Sebab Kemerosotan Akademik DALAM TEMPOH 30 HARI selepas keputusan peperiksaan semester berkaitan diperoleh (jika keputusan bawah hka); dan
iv. Kemuka Laporan Kemajuan Penyelidikan (Sarjana/PhD) DALAM TEMPOH 30 HARI selepas semester berikutnya bermula.

Unit Pembangunan Sebelum Perkhidmatan (Dalam Negara),
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia


Bagi melancarkan urusan bayaran pada tahun 2024, disertakan jadual bayaran pegawai/pelajar tajaan JPA di dalam dan di luar negara :

Jadual Bayaran Pegawai/Pelajar Tajaan JPA

Selaras dengan pengumuman YAB Perdana Menteri berhubung kenaikan Elaun Sara Hidup (ESH) mulai Julai 2023, dimaklumkan bahawa bayaran pelarasan akan dibuat seperti berikut:

i. pelajar dalam negara – berperingkat mulai 28 Jun 2023 hingga 7 Julai 2023. Ini juga bermaksud pelajar yang berada dalam institusi pengajian yang sama tidak semestinya akan menerima bayaran pada tarikh yang sama; dan
ii. pelajar luar negara - 7 Julai 2023.

Dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan melaksanakan Pembayaran Tanpa Tunai mulai Mei 2023.

Notis Perlaksanaan Pembayaran Tanpa Tunai di JPA

Dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak akan menerima cek persendirian bagi semua jenis bayaran kepada jabatan ini mulai 1 Januari 2020.

Notis Pemberhentian Penggunaan Cek Persendirian di JPA

Dimaklumkan bahawa sebarang pertanyaan mengenai bayaran bagi pelajar tajaan dalam negara, boleh dikemukakan ke bayaran.lspdn@jpa.gov.my.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh JPA.
Jumlah Pengunjung: 4228
  • Utama
  • Portal JPA
  • Portal eSILA
  • ePenawaran
  • v57
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Aras 2-4, Blok C2, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 Putrajaya, Malaysia.