Soalan

Saya telah terlupa kata laluan?

Jika anda mengalami masalah lupa kata laluan, anda perlu masuk ke dalam modul Terlupa Kata Laluan yang terdapat di dalam Sub-Navigasi pada bahagian kiri portal ini. Kemudian, anda perlu memasukan eSILA-ID dan menekan butang Reset Kata Laluan di dalam modul tersebut.

Saya tidak menerima emel pengaktifan.

Emel pengaktifan akan dihantar secara automatik selepas pendaftaran akaun berjaya dilakukan. Pengguna dikehendaki menyemak ruangan emel Spam atau Junk Mail di dalam emel peribadi sekiranya masih tidak menerima emel dalam tempoh 5 minit. Sekiranya emel pengaktifan masih tiada, pengguna boleh klik pada butang memohon emel pengaktifan semula dengan klik pada capaian ini.

Saya tidak menerima sebarang salinan emel pemakluman Aktiviti MySELF.

Pengguna dikehendaki menyemak ruangan emel Spam atau Junk Mail di dalam emel peribadi. Sekiranya masih tiada, sila masukkan alamat emel ictbmi@jpa.gov.my ke dalam Contact untuk memastikan penerimaan salinan emel aktiviti MySELF. Rekod aktiviti semasa MySELF masih boleh disemak di halaman utama (Home) MySELF.

Akaun saya telah didaftarkan oleh pengguna lain.

Mohon hubungi pasukan teknikal berserta bukti pengenalan diri seperti salinan MyKad untuk semakan pihak teknikal selanjutnya.

Apa itu eSILA-ID?

eSILA-ID adalah ID bersepadu (Single Sign-On - SSO) yang digunakan oleh pelajar/pegawai tajaan JPA untuk log masuk aplikasi penajaan atas talian JPA dengan menggunakan MyKad atau Kad Pengenalan Polis/Tentera dan meliputi aplikasi seperti ePermohonan, eKeputusan, ePenawaran dan MySELF.

Saya telah mendaftar. Tetapi ketika log masuk, sistem memaklumkan bahawa rekod pelajar/pegawai tidak wujud.

Sistem MySELF hanya boleh diakses oleh pelajar atau pegawai tajaan JPA yang mendapat tajaan penuh di bidang Diploma, Ijazah, Sarjana atau PHD sahaja.

Bagi pelajar/pegawai yang baru ditaja, Sistem MySELF boleh diakses dalam tempoh 30 hari selepas pelajar mendapat bayaran yuran atau elaun kali pertama.

Bagi pelajar/pegawai yang mempunyai tajaan JPA menggunakan Kad Pengenalan Lama, penetapan kata laluan lama perlu dibuat terlebih dahulu sekiranya tidak ditetapkan semasa pendaftaran eSILA-ID. Penetapan Kad Pengenalan Lama boleh dilakukan disini.

Sekiranya tuan/puan/saudara/saudari menepati syarat diatas tetapi masih gagal untuk log masuk, sila berhubung dengan pihak pentadbir bantuan lanjut.

Saya mempunyai tajaan menggunakan Kad Pengenalan Lama tetapi saya tidak menetapkan kad pengenalan tersebut semasa mendaftar. Apa perlu saya lakukan?

Bagi pelajar/pegawai yang mempunyai tajaan JPA menggunakan Kad Pengenalan Lama tetapi tidak ditetapkan semasa pendaftaran eSILA-ID, penetapan Kad Pengenalan Lama boleh dilakukan disini.

Saya perlu memuat naik fail ke MySELF tetapi saiz fail saya melebihi saiz fail yang ditetapkan. Apa perlu saya lakukan?

Pelajar boleh mengecilkan saiz fail tersebut dengan mengikuti tutorial yang telah disediakan di sini.

Saya pernah mendaftar dan menggunakan Sistem Laman Interaktif JPA. Bolehkah saya menggunakan akaun yang sama untuk log masuk MySELF?

Pelajar/Pegawai yang mempunyai akaun Laman Interaktif JPA perlu mendaftar semula untuk menggunakan MySELF kerana MySELF menggunakan teknologi lain yang mengutamakan keselamatan data pengguna yang tidak ada di Laman Interaktif.