Log Masuk
Pengumuman

PERINGATAN KEPADA PELAJAR AKTIF TAJAAN JPA DALAM NEGARA
Berkuatkuasa 1 OKTOBER 2024, Elaun Sara Hidup (ESH) pelajar tajaan JPA boleh DITAHAN sekiranya pelajar TIDAK melaksanakan perkara berikut:
i. Log masuk ke MySELF & kemaskini maklumat peribadi;
ii. Mengemaskini semua keputusan peperiksaan di MySELF;
iii. Kemuka Borang Tunjuk Sebab Kemerosotan Akademik DALAM TEMPOH 30 HARI
selepas keputusan peperiksaan semester berkaitan diperoleh (jika keputusan bawah
hka); dan
iv. Kemuka Laporan Kemajuan Penyelidikan (Sarjana/PhD) DALAM TEMPOH 30 HARI
selepas semester berikutnya bermula.
Unit Pembangunan Sebelum Perkhidmatan (Dalam Negara),
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

Bagi melancarkan urusan bayaran pada tahun 2026, disertakan takwim bayaran elaun dan kemudahan pelajar tajaan JPA di dalam negara :
Takwim Bayaran Elaun dan Kemudahan Pelajar LSPDN Tajaan JPA

Dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan melaksanakan Pembayaran Tanpa Tunai mulai Mei 2023.
Notis Perlaksanaan Pembayaran Tanpa Tunai di JPA

Dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak akan menerima cek persendirian bagi semua jenis bayaran kepada jabatan ini mulai 1 Januari 2020.
Notis Pemberhentian Penggunaan Cek Persendirian di JPA

Dimaklumkan bahawa sebarang pertanyaan mengenai bayaran bagi pelajar tajaan dalam negara, boleh dikemukakan ke bayaran.lspdn@jpa.gov.my.